Skip to main content

Sudut Jahitan..


Bukan setakat suka suka try resipi baru tapi saya juga sukakan jahitan.
Dulu masa parent suruh lanjutkan pelajaran dalam bidang jahitan saya merasakan
macam tak ada masa depan...

Tapi setelah berumahtangga, baru saya tahu berapa berharganya ilmu jahitan.
Dan sejak dari itu juga, saya tidak pernah lagi menempah baju. Boleh dikatakan
semua persediaan untuk baju sekolah ke, baju raya ke dan apa apa pun insyallah..
akan saya usahakan dengan kemahiran yg saya ada.

Selain dari itu, saya juga adalah juga suka suka buat kraf menggunakan kain felt.






Comments

Popular posts from this blog

Nasi Impit Goreng

Tidak semua orang tahu bahawa bila ada nasi impit yang ada saki baki tu kita boleh jadikan ianya lebih mengancam.

Yelah kan...daripada kita buang aje. Dulu saya pun tak tahu juga tapi bila ada ternampak ada kalangan rakan rakan yg membuatnya saya pun apalagi try la juga.

Resepi yang sangat senag untuk dicuba.

Bahan bahannya

Lebihan nasi impit (potong dadu)
Segengam ikan bilis
5 ulas bawang merah
Cili Kering (blender halus)
1 ketul kiub ayam
sedikit garam.


Caranya

1) Potong dadu nasi impit tersebut.
2) tumbuk halus ikan bilis, bawang merah.
3) Kemudian tumiskan cili,setelah garing masukkan ikan bili & bawang yg telah ditumbuk lumat.









Syukur..alhamdulillah

Mensyukuri segala apa yang telah dilimpahi NYA kepada kita.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang daripada
merungut dengan apa yagn ada.

Apa apapun pilihan ditangan kita, kerana kita merancang tapi dia menentukan.

Aidilfitri 2016 @ Batu Pahat

Raya Aidilfitri 2016 @ Batu Pahat. Bila ditenung tenung...dah besar semua  anak anak ibu rupanya. Habis tu umur ibu dgn abah pun dh semakin berubah setiap tahun kan.. Tapi apa yang penting semua baju raya anak anak perempuan ibu yang jahit. Ha..itu yang penting. Hampir setiap tahun ibu akan jahit kan baju anak anak ibu, bukan setakat raya je kalau nak masuk sekolah pun ibu jahit kan.
Tak sia sia ibu belajar menjahit dulukan. Kalau tidak dh tentu setiap kali nak buat baju ibu kena cari tailor. Alhamdulillah atas rezeki  yang Allah berikan kepandaian untuk menjahit. Patut la senyum lebar je..hehe