Monday, October 31, 2016

How we react to it

Kita memang tidak sesekali boleh mengubah apa tanggapan atau pandangan orang terhadap kita.
Orang boleh cakap apa sahaja yang dia rasa nak cakap. Actually kita sendiri pun tidak lepas dari berkata kata tentang orang lain. Ini negara bebas. Tiada undang undang untuk menidakkan kita untuk bersuara atau dengan kata tajam sikit ialah mengumpat atau mengutuk.

So apa perlu kita lakukan untuk menjauhkan diri dari angkara angkara sebegini. Senang aje..
sbb kita kena tengok pulak cara kita menandatangi masalah sebegini. Kerana dengan cara ini dapat mengelakkan kita terjebak di dalam kancah permasalah.

Banyak kan bersabar dan anggaplah mereka mereka yang mengata atau mengumpat ini adalah pembakar semangat untuk kita terus maju walau dalam bidang apa yang kita ceburi. Jangan jadikan mereka ini masalah utama untuk kita maju.



Browines Kedut

Browies Kedut.
Kedut ke...mesti la. Saya ambik resipi ni dari salah seorang cikgu dkt kemunting. 
Aku tak  pernah pun join kelas dia tapi mmg mengikuti fb dia. 
Hajat nk belajar dengan dia tu ada tapi tidak kesampaian lagi.

So satu hari cikgu ni bermurah hati pulak nak share resipi browines kedut. Apalagi, peluang jangan dilepaskan. Maka terjadilah browines kedut saya. 


So kalau dipandang dari segi rupa browines ni mmg alhamdulillah menjadi. Kalau dah elok rupanya rasa jangan cakapkan..marvelous sgt. yummy yummy...

Monday, October 17, 2016

Fadilat & Khasiat - Al Fatihah


FADILAT DAN KHASIAT

Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahan. Di antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihah ialah:

1.     Memperolehi Hikmah

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak..

2.     Hajat Tertunai

a.  Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama 40 hari (tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya.

b.  Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

3.     Keperluan Dipenuhi

a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya..

b.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doa berikut:

“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku”.

4.     Mudahkan Rezeki

a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa:

“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah; Sesungguhnya Dikau  berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajati…..”.

b.  Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kali dansurah An-Nas 7 kali selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga.

5.     Keselamatan

Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.

PENYEMBUH

Surah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.

Rasullullah SAW bersabda: “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”

1.  Mengubati Segala Penyakit

a.  Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada sebaldi air, kemudian air itu disapukan merata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya Allah penyakit yang dialami akan sembuh..

b.  Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT. ia akan sembuh.

2.  Penawar Bisa & Racun

Ambil segelas air yang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah  sebanyak 7 kali pada air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa (lipan, kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh.

3.  Menghilangkan Sifat Lupa

Tulislah surah Al-Fatihah  dengan huruf Arab pada bekas seperti piring putih yang bersih lagi suci dan dilarutkan dengan air zam-zam / mineral lalu diberi minum pada orang yang pelupa. Insya Allah akan hilang sifat pelupanya.

4.  Mengubati Sakit Gigi

a.  Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Bagi diri sendiri. Letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:

“Ya Allah! Hilangkan keburukan dan kekejian yang ada padaku dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”..

b.  Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah, maka berdoalah 7 kali:

“Ya Allah! Hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”..

5.  Penyembuh Penyakit Mata

a.  Baca surah ini 41 kali selepas solat Subuh kepada orang yang berpenyakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air liur. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

b.  Sabda Nabi Muhammad SAW; “Sesiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke mata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.

  • Sesudah itu bacakan doa berikut sebanyak 7 kali :

“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu, ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”

  • Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.

  • Terakhir bacakan juga doa di bawah sebanyak 1 kali:

“Ya Allah! Sembuhkanlah, Dikaulah yang menyembuhkan, Ya Allah! Sihatkanlah, Dikaulah yang menyihatkan”.

Sunday, October 16, 2016

Maruku meletoppp...

Aktiviti malam sabtu dengan maruku meletop.
Alhamdulillah...menjadi jugak nak buat maruku. Insyallah ianya akan menjadi produk baru MySpecial Homemade.

Kalau dalam business makanan kita tak boleh berhenti dari mencuba resipi resipi baru. Kita kena pandai memperbaharui dan sentiasa maju kehadapan.

So..sapa nk test produk baru ni..
Tak rugi sbb crunchy giler...

Tuesday, October 11, 2016

Butter cake

Kek butter Macinda

Nak kata pandai masak tak la jugak tapi kalau dh hari hari dok memasak jangan kata orang pandai yang tak pandai pun mesti boleh punya. Kita ni kalau tak pandai kena la belajar. So kena pandai pandai la luangkan masa untuk belajar memasak lauk ke.. buat kek ke..buat.cookies ke.

Sapa suka makan kek. Actually kek butter adalah satu kek yang senang je nk buat. Yang penting berani mencuba. Jom saya kongsikan resepi kek butter saya.

Bahannya
250g butter (tak kisah jenama apa)
220g gula kastor ( kurang manis tau ni)
250g tepung naik sendiri
5 biji telor
Sedikit esen vanila
Pewarna (ikut suka la yg kek color apa)

Caranya
Pukul butter dan gula hingga kembang
Kemudian masuk telor satu persatu dan juga esen.
Last sekali masukkan tepung.
Setelah selesai, bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan letakkan pewarna ikut suka anda.
So siaplah kek butter kita.
Hidangkan lah untuk minum petang.


Aidilfitri 2016 @ Batu Pahat




Raya Aidilfitri 2016 @ Batu Pahat. Bila ditenung tenung...dah besar semua  anak anak ibu rupanya. Habis tu umur ibu dgn abah pun dh semakin berubah setiap tahun kan..
Tapi apa yang penting semua baju raya anak anak perempuan ibu yang jahit. Ha..itu yang penting. Hampir setiap tahun ibu akan jahit kan baju anak anak ibu, bukan setakat raya je kalau nak masuk sekolah pun ibu jahit kan.

Tak sia sia ibu belajar menjahit dulukan. Kalau tidak dh tentu setiap kali nak buat baju ibu kena cari tailor. Alhamdulillah atas rezeki  yang Allah berikan kepandaian untuk menjahit.
Patut la senyum lebar je..hehe






Sedikit luahan hati

Saya selalu cakap dengan sahabat saya..biarlah apapun orang nak buat pada kita, kita sebagai hambanya kena sabar dan terus bersabar. Mudah mudahan suatu hari nanti si dia akan mendapat hidayah dariNYA.

Kita ni sesama manusia, kenapa la masih ada perasaan dengki, busuk hati tambahan pula kita sesama seagama. Apalah sangat yang akan dia dapat kalau hanya sekadar kepuasan untuk melepaskan geram atau dendam.

Kita perlu ingat bahawa setiap manusia ada rezeki masing masing. Rezeki pada saya tidak tertumpu haya pada wang ringgit. Ianya mungkin dari segi kesihatan yang baik, anak anak yang baik, senang hati dan entah apa lagi yang baik baik. So tak perlu la kita mendengki sesama manusia dengan rezeki orang lain. Kalau dh ditakdirkan itu rezeki kita maka kita la yang punya, tapi kalau itu rezeki org biarkan lah orang tu punya. Jangan dipertikaikan lagi.

Jangan pulak nnt rezeki orang tapi awak pulak yang nak dapatkan imbuhan atau upah dari penat lelah org. Tak baik buat org macam tu, itu kan rezeki dia.

..so akhir kata. kita kena manfaatkan apa yang kita ada, jang usik atau ganggu kehidupan dan kebahagian orang lain kerana kita sendiri tak tahu entah esok entah lusa kita pula berada di tempat orang yang kita tak suka.

Puding Roti

Sepanjang hari tak masuk dapur hari ni.. Kadang kadang mood memasak tak ada. Tapi malam ni terasa macam nak makan sesuatu la pulak. Pergi ...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design