Friday, November 1, 2013

Nasi Impit Goreng


Tidak semua orang tahu bahawa bila ada nasi impit yang ada saki baki tu kita boleh jadikan ianya lebih mengancam.

Yelah kan...daripada kita buang aje. Dulu saya pun tak tahu juga tapi bila ada ternampak ada kalangan rakan rakan yg membuatnya saya pun apalagi try la juga.

Resepi yang sangat senag untuk dicuba.

Bahan bahannya

Lebihan nasi impit (potong dadu)
Segengam ikan bilis
5 ulas bawang merah
Cili Kering (blender halus)
1 ketul kiub ayam
sedikit garam.


Caranya

1) Potong dadu nasi impit tersebut.
2) tumbuk halus ikan bilis, bawang merah.
3) Kemudian tumiskan cili,setelah garing masukkan ikan bili & bawang yg telah ditumbuk lumat.









Kuching, Sarawak

Bila dapat aje peluang ke Kuching, Sarawak saya memang tidak akan lepaskan. Peluang ini tidak akan datang selalu. So apalagi kan, walaupun hanya 3 hari 2 malam tapi amat berbaloi.


Macam biasa 1st snap mestilah gambar pemandangan yg cantik ini. Gambar ini saya snap masa betul betul ada dekat tepi Kuching Waterfront. Jam menunjukkan pukul 6.30petang masa ini, tapi pada sesiapa yang belum pernah ke Sabah dan Sarawak, keadaan di East Malaysia mmg akan cepat gelap sama la juga keadaan di Indonesia. So tak heranlah kalau pukul 6 pagi pun dah terang benderang.


 
Inilah segala jenis cenderahati cenderahati yang ada dijual disepanjang Waterfront itu.
Boleh rambang mata juga kalau sapa sapa yang nak beli souvenir tu kan.




Inilah salah satu bag yang mak saya suka. Actually dulu family ada mmg pernah menetap dia Sarawak. Maklumlah abah saya seorang tentera, jadi selalunya mmg kita org selalu berpindah randah kalau abah naik pangkat.




Selain dari rantai dan gelang yang diperbuat dari manik manik cantik  terdapat juga segala rempah rempah seperti lada putih dan lada hitam sawarak.









Inilah rupa sampan yang akan membawa saya ke seberang untuk melintasi waterfront Kuching.
Kalau nak keseberang sana boleh juga kalau ada kenderaan tapi masa saya sampai sana tak ada sesiapa nak sudi membawa untuk makan malam maka dengan paksa rela saya pun naik lah sampan tu untuk keseberang sana....
Hanya di seberang sana sahajalah ada banayk kedai makan dan yagn penting harganya murah.



Kawan saya sempat la juga snap pix saya yang hampir pucat lesi disebabkan oleh tiada kepandaian berenang sebenarnya...takut tenggelam la katakana. hehehe
 
 
 
 
 
 

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design