Saturday, April 29, 2017

Keria Keledek Oren

Sapa suka maka keria?
Mestilah suka kan. Sekarang tengah viral keria gula melaka.
Tapi saya sekeluarga dh biasa makan keria yang biasa tu, guna
gula biasa je. Itupun sedap, tambah sedap bila buat sendiri.

Ada juga orang kata keledek oren ni lembik sikit kalau salah buat.
So far alhamdulillah la..selama saya buat keria ni tak pernah la lagi buat hal...



Yang penting masa nk salut gula. Jangan sesekali bagi nampak gula tu berketul okay.
Nak resipi Keria Keledek Oren saya tak?

Resipi
1/2 kg keledek oren
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
Minyak utk mengoreng

Selamat mencuba...😙😙

Anak anak saya

Inilah rezeki paling besar yang dan mahal saya ada. Kenapa saya cakap begini. Kerana tidak semua wanita akan mempunyai anak dan tidak juga bermaksud semua wanita tak layak mempunyai anak. 
Hargai lah setiap rezeki yang Allah berikan. Sesungguhnya hidup yang ada perlulah dihargai sepenuhnya. 


Wednesday, April 26, 2017

Hantu betul la kek ni..

Baru bagi testing petang tadi dh masuk order..
Pandai anak ibu meniaga. Dah ada ciri ciri business girl ni

Inilah anak anak yang sangat memahani. Bersyukur punyai anak anak ini.
Nnt kita belajar kita untung rugi ye...😙😙

Bumi Allah yang luas

Alhamdulillah..saya selalu ingat. Bumi Allah ini luas, terpulang kepada kita untuk mencari jalan untuk dipergunakan dengan cara yang betul. Allah akan berikan apa yang perlu utk kita, bukan apa yang kita mahu. Mungkin apa yang kita mahu itu tak sesuai dengan kita.

Sesungguhnya kita perlu bersyukur dengan apa sahaja nikmat yang telah DIA berikan selama ini. Rezeki datang dalam berbagai bentuk..anak juga rezeki. Kerana tidak semua orang mampu mempunyai anak. Kepandaian untuk memasak, menjahit, meniaga juga adalah rezeki. Tak semua org ada kemahiran tapi mungkin Allah kurniakan dia wang ringgit yang banyak..itu juga rezeki.

Tapi jangan sesekali sekat rezeki sesama manusia. Bak kata sesetengah org. Minta ampun dari Allah lagi senang dari sesama manusia. Walaupun ada dikalangan ulama mengatakan bahawa kita juga tidak masuk syurga jika tidak memaafkan.


Monday, April 24, 2017

Hidup harus diteruskan



Percaya pada karma tak?
Seperti juga kita tahu dunia ni bulat. Adakalanya kita diatas dan adakalanya kita di bawah. Cuma kita tak tahu bila masanya..bilakah tarikhnya.

Dalam hidup ini boleh dikatakan semua umat manusia mempunyai perasaan. Perasaan itu termasuklah kasih sayang, tolong menolong dan tak lari juga perasaan yang sebenarnya tak patut pun ada iaitu hasad dengki, busuk hati dan balas dendam.

Manusia yang tidak mempunyai perasaan sehingga sanggup memporak perandakan kehidupan orang lain. Manusia yang tidak pernah senang hati melihatkan kegembiraan kita, kesenangan kita, tidak tahu susah senang kita.
Apa yang mereka tahu ialah tak boleh tengok kegembiraan. Mungkin juga 100 peratus saya katakan bahawa pada hakikatnya dia yang tidak bahagia sebab itu jugalah dia tak ingin melihatkan kegembiraan manusia lain

Saya berdoa semoga golongan orang orang ini akan diberikan hidayah. Cukup cukuplah dengan apa yang telah kamu lakukan. Ingatlah akan hakikat dunia ini bulat. Mungkin ada rezeki nanti kamu jua akan seperti daku kelak.

Ingatlah bahawa kamu berniat untuk hapuskan rezeki seseorang tapi sebenarnya bukan hari seorang tapi banyak orang yang dibawah tanggungan nya. Ini bermakna kamu bukan hanya perlu memohon maaf kepada orang itu seorang tetapi seluruh keluarga nya...

Tapi sesungguhnya aku juga manusia. Tidak pernah lari dari membuat kesilapan
Aku memaafkan walau apapun kesalahan kamu terhadap daku, biarlah Allah sahaja yang menentukanya.

Kek cheese berhantu

Semalam join kelas 2 jenis kek dan juga hokaido cup cake. Selalu tengok sahabat sahabat dalam facebook post kek cheese berhantu. Setelah sesi pembelanjaran selesai baru tahu berhantu ke idok...😁




Setelah siap bancuhan semua. Letak ke dalam bekas  aluminium mcm kat atas tu dan kukuskan ia ke dalam periuk kukus anggaran 30 minit.

Setelah 30 minit keluarkan. Sejukkan sebelum dihias dgn cream cheese dan cooking chocolate.

Setelah dihias...bukan kata sehari 10 minit pun tak sampai. So dari pix tu mmg boleh nampak macam mana sgt moist kek yang saya belajar ni.
Oleh kerana ni 1st time membuatnya....lepas ni nak buat lagi dan lagi...

Wednesday, April 19, 2017

Lempeng Kepala & Sambal Ikan Bilis

Hari minggu adalah hari keluarga. Kami satu family duduk semeja makan pagi, tengahari dan makan malam bersama. Bila lagi nak makan bersama kalau tidak hari sabtu dan ahad kan..

Ahad yang lepas saya buat lempeng kelapa untuk sarapan. Lagilah sedap dibuat pula sambal ikan bilis. Sampai tak sedar la 1/2kg tepung boleh habis. Tapi bukan makan sorang tau, kami makan 5 beranak.




Saya sharekan resipi lempeng kepala cara saya :

1 biji kepala parut (kalau boleh kelapa parut yg putih)
500gm tepung gandum
1 biji telor
1/2 kiub knor
Sedikit gatam
1-2 cawan air(bancuh pekat sangat)


Selamat mencuba!









Sunday, April 16, 2017

Tart Nenas Gebus

Beberapa tahun dulu saya mmg pernah belajar dari Chef Asma.
Masa tu dia buat kelas ni semua kat Bake with Yen dekat Puchong.
Saya pun tak tahu ada kelas tu tapi seorang sahabat yang bagi tahu.
Saja suka suka je pun. Alhamdulillah so far resipi ni mmg menjadi la.
Tak sia sia la saya pergi belajar. So malam ni saya nk siapkan sbb ada
yang menempah.



Nak kata terror sgt membuat tart tu tak la juga tapi mmg sedap
la..gebuss gitu. Cair dalam mulut bila dimakan.
En Suami dan anak anak pun suka.






Saturday, April 15, 2017

Kek butter Oreo

Selalu buat kek butter mable je. Tapi semlm anak dara minta buatkan
Kek Oreo la pulak. Mmg tak pernah buat sebelum ni tapi kita tambah
je Oreo dalam adunan kek tu nnt.


Ha....betul tak. Mesti jadi punya Kek.Butter Oreo.

Masih mengekalkan resipi Kek Butter cuma kita tambahkan Oreo hancur ke
dalam adunan. So lepas ni kita cuba tukar bahan lain pulak.

Monday, April 10, 2017

Sehari di Ipoh

Kalau cakap pasal Ipoh, semasa bujang saya pernah tinggal di Taman Jati,Jelapang Ipoh selama lebih kurang setahun, masa tu kerja kilang kat Carsem. Nak kata selalu keluar ke Bandar Ipoh jalna jalna ke atau shopping mmg jarang la sbb masa tu bujang lag kan dan yg sebenar benarnya tak ada geng yang ngam boleh berrayau sebenarnya.

Kalau balik kg pun, naik bas dari Taiping sampai la Medan Kit kat Ipoh, lepas tu naik bas ke Jelapang pulak. Jarang sangat la nak merayau sorang sorang. Tapi la ni nak dijadikan cerita anak perempuan sulung saya dapat belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. So skrg ni la masanya nak menjelajah Bandar Ipoh selama 3 tahun dia belajar kat sini.

Orang kata Nasi Vanggey Ipoh sedap. Tapi ada jugak nama lain nya Nasi Ganja. Tak kisah la Nasi Vanggey ke..Nasi Ganja ke...semua kita kena try okay.


Sempat lagi saya snap nama jalan ni...



Ini Nasi Ganja kat Jalan Yang Kalsom, Ipoh. Kalau baca cerita kat internet, Nasi Ganja ini ialah yang original di Ipoh. Hanya ada 3 kedai sahaja yg original iaitu di Jalan Greentown, Jalan Labroy dan satu lagi di Jalan Yang Kalsom.

Actually kalau tgk betul betul mcm sama je kat kedai mamak macam kita makan kt kl ni jugak..
Setiap hidangan akan ada lauk ayam / sotong dan disertakan juga telur masin.



Lepas makan mcm biasa la kan jenjalan sekejap sebelum bertolak balik ke kl.
Ehh..tetiba nampak signboard sebuah kegai "Gemok" hehe..
Terasa ke...haha lawak .

Saturday, April 8, 2017

Tart Gunting

Kami sekeluarga mmg suka makan Tart Nenas. Tapi untuk mendapatkan
Tart Nenas yang sedap dimakan, gebus, pecah dalam mulut bila disetiap gigitan...
Perghh...dengar mcm terfikir pulak betapa susah nya nk membuat Tart seperti yang dibayangkan tu..

Kalau nk beli satu bekas rm38 okay... Punya la mahal. Tapi kalau nak makan punya pasal apa la salahnya kan. Tapi kalau setakat beli sebalang tu, berapa lama la boleh bertahan. Sehari ke..seminggu.ke..

Sbb nak makan Tart Nenas lah akhirnya saya pergi belajar dengan Chef Asma. Masa tu kelas diadakan kat Puchong. Dh ada peluang kan apalagi...belajarlah saya.

So sekarang saya dh pandai buat Tart Nenas. Mmg sedap dan seperti yang diidamkan lah.



Thursday, April 6, 2017

Assam pedas dari En Suami




Suami saya mmg pandai masak. Tapi bukan la hari hari dia memasak.
Cuma kalau hujung mggu aje la. En suami kalau bab buat asam pedas mmg marvelous. Licin habis satu periuk kalau kita org makan satu family.

Asam pedas ni kalau kena pulak dengan ikan pari lagi la terangkat.
Tapi kena hati hati kalau ikan pari ni..kena pilih yang betul betul fresh
sbb kalau tidak tak power la asam pedas kita nnt.


Permintaan anak anak



Inilah kejadianya. Anak bongsu minta suruh buatkan kek chocolate katanya. Dia mmg suka kan chocolate. Kalau pergi kedai, chocolate cabry tu mmg tak pernah miss la..
Inipun siap je kek ni terus dia suruh potong.
Tambah 3 kali. Mmg suka dia.

Tuesday, April 4, 2017

Lepak @ Johor Bahru

Disember lepas saya mendapat jemputan dari Dato Ismail, Setiausaha Keajaan Negeri Johor. Jemputan kahwin anak perempuan bongsunya. Peluang ni tak dilepaskan, sambil sambil tu kita lepak la JB. Bukan selalu pun.

Tapi hanya berkesempatan bawa anak no ke 2 sahaja, yang lain dh export ke perak..cuti sekolah la katakan


 
Aktiviti  selepas makan kenduri di Johor Bahru masa December 2016. Malam nya kita orang lepak kat Kilang Bateri. Orang Johor mesti tahu tempat ni. Bukan setakat ada kedai makan tapi juga ada berbagai barang dijual disini termasuklah gadjet telepon, pakaian, makanan dan tak kurang juga kalau malam minggu akan ada live band.  Ok la sekadar nak santai santai sambil makan ke..minum ke..mcm abc, ais bandung special. Kalau terasa nak makan kacang pol pun sedap jugak kat sini.
 
 
 
Keesokanyanya untuk breakfast kita boleh sarapan kat Hutan Bandar, tempat ini berhampiran juga la dengan Larkin, hotel tempat kami menginap.
 
Inilah pandangan jauh tempat makan tersebut, mmg ramai orang datang makan kat sini sbb susah juga la nak cari tempat kosong. Disini paling sedap ialah lontong kering.


Inilah rupanya lontong kering tu, tapi saya dan suami dh tambah lauk paru.
Maklumlah kami ni mmg suka kan lauk paru. Alhamdulillah selesai sarapan pagi.


Stelah bersiap untuk balik ke kl, kami decide dh tak nak makan lagi sbb selama kat jb ni entah byk mana la kita org dh makan. Tapi...masa otw balik tu ternampak sesuatu...dan..



Hah??? Mcm menarik kan...pantang Nampak lauk kambing ni. Confirm la ke singgah kan.


Dan kesudahannya, sorang sepinggan le.
Walaupun kena beratur panjang giler sampai ke luar kedai. Dengan nak cop tempat lagi.
Tapi akhirnya dapt la jugak merasa Kari Kambing 40 hari @ Jalan Yong Peng / Air Hitam.
Ok la..sedap jugak. boleh makan lagi kalau lalu sini lagi. Ok, itu saja buat masa ini.
 

Bila hujung minggu

 
Bila tiba hujung minggu inilah aktiviti saya dan keluarga.
Masak dan makan bersama masa sarapan. Rasanya ini adalah lebih baik dari sarapan dirumah.
Kalau sarapan diluar sekali makan je lepas tu dh kena bayar. Tapi kalau dirumah sendiri...kita boleh makan berulang ulang. Maklumlah kan anak ramai..maska sendiri lagi jimat.
 


Kami satu family kalau buat sambal udang...fuhh bukan main cepat je habisnya. sedap la katakan.
Lawan pulak dengan ikan bilis goring garing, timun dengan telur dadar...


Ada nampak mengancam tak sambal udang saya. Dulu tak pandai masak tapi sekarang boleh le..
Selamat menjamu mata kepada kengkawan semua.


Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design