Thursday, September 26, 2013

Tauhu Bakar

Saya suka makan tauhu bakar. Selalunya setelah waktu kerja saya dan suami akan 'lepak lepak'
dekat kedai makan Jalan 222, PJ. Dekat area ini terdapat banyak kedai makan, cuma terpulang pada kita kedai makan mana kita nak makan.

Bagi saya, tauhu bakar adalah pilihan utama saya.  Satu set tu hanya untuk saya seorang sahaja ye..no kongi kongsi okay.

Lempeng Kelapa


Inilah salah satu dari makanan kegermaran family saya. Lempeng kepala, ditambah pula samsal sardine. Jangan lupa letakkan juga cili padi...emmmmm sedapp.

Saya kongsikan resipi lempeng kelapa diatas.

Bahan bahan

4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar kepada parut (ikut masing masing, kalau nak lebih lagipun boleh)
1 cawan santan
1 biji telor
1-1/2 cawan air
sedikit garam

Cara caranya

Gaulkan kesemua bahan kecuali air, masukkan air sedikit sedikit semasa bancuhan supaya adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

Setelah siap kesemuanya, letakkan atas kuali kalau boleh yang kuali yg tidak meletak.
Apa yang pasti kita tidak menggunakan minyak yg banyk untuk memasaknya.

Setelah siap, bolehlah dicicah bersama sambal sardine atau mungkin anda boleh aje cicah gula, susu dan macam macam lagi lah...selamat mencuba

Gaulkan

Wednesday, September 18, 2013

Muffin Lemon








 
 
Setelah siap dibancuh masukkan hanya 3/4 adunan ke dalam cup. Supaya setelah siap dibakar nanti, rupa muffin kita cantik aje betul betul sama paras dgn acuan cup muffin kita.

Anyway, inilah 1st time nak mencuba buat muffin perasa lemon. Walaupun payah sangat tapi kena diusahakan juga sbb ada customer yagn menempah muffin lemon ini. So mcm biasa la kan, kita kena try and error dulu.




Bila dah siap, boleh tahan juga lah rasanya...sedap. dan cuba tengok betul betul...gebu tak? hehe

Bahan bahan

110gm tepung naik sendiri
110gm gula halus
110butter (tapi sy guna marjerin aje)
2 biji telor
sedikit esen vanilla
3 sudu besar jus lemon
sedikit parutan lemon ( tak letak pun tak apa)

Caranya
1) Pukul gula dan butter, kemudian masukkan telor, putar sebati.
2) Masukkan bahan bahan lain dan gaul sebati  kesemuanya.
3) Scoop kan masuk kedalam acuan, dan bakar selama 15 min dalam 150 celcius
4) Siap dibakar dan boleh dihidangkan.

Saya mmg purposely tak buatkan toppingnya sbb customer ni tak nak kan topping. So saya ikut aje.
Tapi saya sharekan juga la macam mana nak buat topping ni.



Apa apapun inilah hasilnya tempahan lemon muffin utk wedding gift tersebut. Amin


Bahang cream cheese
200-250gm (1 bungkus, saya beli jenam tatua je)
satu cawan gula.
sedikit jus lemon

Caranya ialah putar hingga sebati dan bolehlah start menghias.

Selamat mencba ye kawan kawan.












Kek Batik

Mengancam tak pix kek batik ni...
Kalau buat setakat satu bancuhan, huh alamatnya sekelip mata aje habis.

Resipi ini mmg dari mula mula belajar sampai dah sekarang ni, saya mmg guna resipi yang sama aje.
Tak pernah lagi mencuba resipi lain sbb ianya sgt senang nak buat, dan bila buat aje terus jadi.

Bahan A
1 ketul buttercup
1/2 cawan gula halus
4 biji telus ( saiz sederhana)
sedikit esen vanilla

Bahan B
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air suam
7 sudu besar milo
7 sudu besar serbuk koko

1 paket biskut marie (pecah pecah kan sidikit biskut tersebut)

Caranya
1) Pukul bahan A seperti  butter dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur dan vanilla.
2) Campurkan bahan B - milo, serbuk koko dan susu. Kacau supaya tidak berketul. Campurkan air suam dan gaul hingga sebati.
3) Kemudian campurkan semua bahan a & b dalam satu periuk. Masak atas api guna api yg kecil sehingga pekat. Last sekali masukkan biskut marie yang telah dipecah pecahkan tadi.
4) Gaul sebati, masukkan dalan acuan dan sejukkan dalam peti ais. Siap

Sedia untuk dimakan..yummy.




Friday, September 13, 2013

Bake Chocolate Cake



Orang selalu buat chocolate cake kukus kan..tapi saya nak kongsikan bake chocolate cake pulak.
Sesiapa pun boleh mencubanya..Tapi kami sekeluarga lebih sukakan yagn kukus rasanya.

Bahan bahan
450gm gula castor
230gm butter
1 sudu teh esen vanila
4 biji telor / 240gm

300gm tepung gandum
80gn serbuk koko
230gm air

Bahan Topping
1kg cooking chocolate
1 kotak whipping cream (jenama anchor)

selamat mencuba ye





Tuesday, September 10, 2013

Surabaya - Nov 2012









Siapa pernah pergi Surabaya?
Saya pergi last year November dengan En Hubby. Hehe.. tapi kan pergi berdua aje, tak bawa askar.
Inilah pertama kali pergi holiday tak bawa askar. Askar tinggal dengan parent kat hometown.

Alaaa..... bukan selalu buat mcm ni. Setahun sekali je.
So kat sini nak la share serba sedikit pasal Surabaya, tgk la gambar permandangan kat atas tu...cantik tak?
Banyak lagi pix nak share...

Tujuan utama ke Surabaya bukan untuk shopping sebenar benarnya kerana kami berdua suka tengok tempat orang. So inilah masanya peluang yg ada untuk melawat negara org.


Gambar ini semasa mendaki gunung berhampiran surabaya (actually dah lupa nama gunungnya..) untuk melihat matahari terbit. Percaya tak kalau sy katakan waktu gambar ini ditangkap jam menunjukkan pukul 5 pagi. Mcm tak percaya kan..

Muka penat mendaki gunung, saya tak penat sbb saya tunggang kuda..kahkah.
Kesian abg..

Cantikkan permandangan kat belakang tu..lepas ni kita daki gunung tu pulak ye. Jom..


Inilah kuda yg bawa naik naik gunung tu. Macam tak percaya si kuda ni kuat.


Hubby berposing ditangga menuju ke kawah gunung berapi. Siapa tahu berapa total anak tangga tu..
...ada 250 anak tangga.


Samada percaya atau tidak, hakikatnya saya berjaya menaiki anak ke yg sebanak 250 itu...
yes..yes.. walaupun berat badan ada lebih sikit. Hehe..




Jom jahit manik

Orang lain sibuk nak bergaya dengan baju lip lap lip lap..saya pun tak nak la ketinggalan kan.
Nak kata mahir sangat jahit manik tu tak la, tapi kalau menjahit baju kurung tu mmg terror.

Sejak dari lepas mendirikan rumahtangga sampai la ada 4 orang anak, saya mmg jarang la menempah baju pada tailor lain. Bukan la kata nak berlagak tapi kita kena gunakan segala kemahiran yagn telah dikurniakan
untuk kita. Hehe jgan marah ye.

So berbalik kepada jahitan manik saya diatas, hentam ajelah..cantik ke tidak ke, yagn penting hasil usaha saya sendiri dan yang paling penting lagi saya berjimat.

Nanti dah siap saya upload ye..tungguuuu

Monday, September 9, 2013

Mempelam epalku berbuah lagi..




Alhamdulillah rezeki hasil tanah kembali lagi.
Mudah mudahan tak ada la lagi mat mat bangla yang kerja contract kat depan rumah tu mengidam nak makan mempelam epal ku..huhu.

Kalau ada rezeki kengkawan office boleh la kita cicah belacan kicap.
Fuhh meleleh air liuq dibuatnya.





Lunch di hari minggu..

Minggu lepas masa sibuk nak 'shopping' beli barang utk Rempeyek's Crunchy, tetiba ternampak ada kedai
jual telor puyoh...50 biji baru RM5.80. Apa lagi kan, jangan lepas peluang..

Yummy..sedap giler tapi hati hati kata org telor puyoh kolestrolnya tinggi. Tak kiralah yg penting buat sambal mcm ni sedap makan dengan nasi panas.


Thursday, September 5, 2013





Sulaman pandai juga..
Saya adalah seseorang yang suka kan cabaran sbb itulah juga apa
yang saya tak tahu saya mesti nak belajar buat.

So inilah dia sulaman saya saya yg diajar oleh sahabat saya
Hazrina Ashaari di Kolej Komuniti Klang. Cantik tak ?




Inilah hasil sulaman saya. Boleh la kan..hehe


Sudut Jahitan..


Bukan setakat suka suka try resipi baru tapi saya juga sukakan jahitan.
Dulu masa parent suruh lanjutkan pelajaran dalam bidang jahitan saya merasakan
macam tak ada masa depan...

Tapi setelah berumahtangga, baru saya tahu berapa berharganya ilmu jahitan.
Dan sejak dari itu juga, saya tidak pernah lagi menempah baju. Boleh dikatakan
semua persediaan untuk baju sekolah ke, baju raya ke dan apa apa pun insyallah..
akan saya usahakan dengan kemahiran yg saya ada.

Selain dari itu, saya juga adalah juga suka suka buat kraf menggunakan kain felt.






Syukur..alhamdulillah


Mensyukuri segala apa yang telah dilimpahi NYA kepada kita.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang daripada
merungut dengan apa yagn ada.

Apa apapun pilihan ditangan kita, kerana kita merancang tapi dia menentukan.

Tuesday, September 3, 2013

Rainbow Cake



Kek Rainbow...
Nampak sedap kan. mmg sedap pun

Saya kongsikan resipinya. Resipi confirm jadi tau
tapi nak tukar warna lain tu suka hati le ya

Bahan bahan
250gm butter
240gm gula cstor
5 biji telor
1 st esen vanilla

250gm tepung naik sendiri
pewarna (oil base)



Monday, September 2, 2013

..balik dari open house @ Seri Kembangan


hehe..dua dua mak dgn anak sama aje..
pantang pegang hp.



ibu nak bergambar, penumpang belakang pun nak join jugak..

Sambutan Merdeka 2013

Inilah dia anak gadis bongsu saya..kalau bab bergambar
serah kat dia. Nak tahu yang mana tahu...yang pakai tudung tu la.

Kalau tak dibagi pakai tudung, dia akan kata..
"Ibu boleh pakai tudungkan , kita pun nak pakai.."



Anak -anak MERDEKA. Bersemangat sungguh..


Siap sedia untuk berarak keliling fasa 3, bandar puncak alam.
Biar panas tapi semangat tetap diteruskan..MERDEKA..MERDEKA

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design