Saturday, May 13, 2017

Rempeyek

Sehingga tahun ini 2017. Hampir lebih dari 10 tahun jenama Rempeyek Crunchy telah bertapak di arena perniagaan homemade. Susah senang pahit jerih dalam membuat r&d, pemasaran dan promosi. Boleh dikatakan hanya kami berdua suami isteri. Alhamdulillah, setiap kali bila tiba je musim perayaan..masyuk la.



Masih mengekalkan resipi yang diberikan oleh arwah bapa mertua. Suami juga ada menambah baik kan lagi resipi sedia ada.


Beginilah rupa Rempeyek yang telah siap.disusun ke dalam balang. Dilabelkan atas nama Rempeyek.Crunchy ianya siap untuk menemui tuannya.

Mazola

Dulu zaman sekolah sebut biskut mazola memang la famous. Opah atau mak kita akan sibuk buat biskut tu. Bukan setakat biskut mazola aje, ada batang buruk, kuih bangkit, bahulu.

Kalau cuti sekolah kita pakat pakat buat biskut. Mana pernah pun beli biskut ni semua. Tak ada lah istilah nak order biskut raya pun. Sapa seangkatan dengan saya mesti setuju kan.. mak kita dulu mana suka nak beli. Dia org mesti nak buat jugak.

Saya ni tak la pandai sangat pun bab biskut ni semua tapi kita kena la rajin belajar atau cari kat mr google. Sedut ilmu apa yang patut la katakan. Sbb tu la terrajin nak buat mazola. Dan ada pulak berkenan nak beli






Alhamdulillah. Setakat ini Biskut Mazola Marvelous saya ni ada juga permintaan.
Berkat kesabaran belajar dengan chef chef yang dah popular


Tuesday, May 9, 2017

Brownies

Hampir 2 minggu menerima tempahan kek chocolate cheese leleh.
Jadi hari ni saja je la nk bagi sample Brownies pulak....sambil sambil bagi
sample macam biasa la kan..lepas tu kita ambik order.


Selain dari hiaskan Brownies kita dengan walnut  sesekali kita tukar letak slide
badam pula. Kalau tak nak letak apa apa kekacang pun tak apa. Suka hati kan sbb Browinies. Tapi kalau nk jual kita kena la tanya customer dia nak letak apa.

Kali ini saya buat adunan untuk tray 8 x 8 sahaja. So tak perlu lah pakai oven besar.
Cukup sekadar guna Noxxa Oven yang serbaguna ni lagi cepat.


Set kan masa 25-30 min siap dibakar. Senang kan..



Ada mengancam ka tengok ini brownies 😁😁



Saturday, May 6, 2017

Puding Caramel

Sudah agak lama jugak anak minta buatkan Puding Caramel ni
macam biasa la kan penyakit 'm' selalu ada. Tapi hari mmg terlebih rajin sikit.
Cari punya la cari tak jumpa la pulak resipi yang mudah dan cepat tapi sedap.
Akhirnya saya mencuba yang ini.


Alhamdulillah. Menjadi jugak la Puding Caramel saya ni. Walaupun gula hangusnya tak berapa nk hangus la jugak.


Apa yang penting, kejadiannya nampak begitu halus hasil campuran telor
dan susu segar. Jangan lupa hiaskan buah strawberry atau pun macam saya
letakkan buah peach.

Resipi Puding Caramel
Bahan A
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Bahan B
I tin susu cair @ boleh guna susu segar
5 biji telor
Sedikit esen vanila

Caranya
Panaskan bahan A. Cairkan gula kemudian campurkan air.
Berhati hati kerana gula masih dalam keadaan panas.

Asingkan dan blenderkan bahan B. Saya tak campurkan gula
kedalam bahan B kerana saya tak suka manis. Tapi kalau mahu
boleh tambahkan 2 sudu gula dan blender bersama bahan B.

Kemudian masukkan bahan B bersama bahan A tadi. Kukus
selama 15-20 min. Setelah siap. Hiaskan dengan buah strawberry
ataupun peach ikut suka masing masing.
Selamat mencuba tau..



Tuesday, May 2, 2017

Kari Ayam

Dulu bila mak saya masak gulai. Perghhh sedap ooo tapi saya tak tau mcm mcna buat masak sama macam mak masak. Husband selalu cakap..'tak sama pun macam mak masak'

Geram pulak kita. Mencabar ni. Apalagi bila time balik kg aje mesti suruh mak masak kari dan saya tengok. Sambil tengok sambil belajar la kan.

Akhirnya berkat belajar dengan mak. Saya dh terror buat gulai okay...


Jadi sekarang minta aje la gulai apa pun. Mesti boleh punya sbb dah terror kan.

Kari Ayam

1/2 ekor ayam dipotong kecil
3 sudu rempah kari
6 sudu santan
1/2 cawan air

Bahan menumis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sedikit kulit kayu manis dan biji sawi


Tumis hingga hingga garing bahan tumisan
Masukkan kan rempah kari. Bancuhkan sedikit dengan air.
Tumis hingga garing dan pecah minyak baru masukkan ayam, air dan santan.
Kacau perlahan hingga mendidih.
Siap untuk dihidang.



Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design