Thursday, October 10, 2013

Kuih Bakar Pandan

 
Saya ni suka mencuba sesuatu resipi, tambahan pula anak anak suka makan. Bila sedap, confirm habis cepat. Dengan sebab sebab ini jugalah minat memasak tu semakin seronok. Bila tengook anak anak makan dengan berseleranya lagilah seronok kan.. 
 

Haha...saya guna acuan bahulu tau. Sebab tak sempat nak membeli acuan kuih bakar.
Kalau dah nak pergi beli acuan , bila pulak nak mencuba buat kuih ni. Bak kata orang kalau dah berniat tu jangan ditangguhkan lagi.




Comel tak?


Kuih Bakar Pandan

Bahan bahan
1 cawan gula
1 cawan jus pandan
2 1/2  cawan tepung gandum 
2 1/4 cawan santan
2 sudu besar mentega
3 biji telor
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
 
Cara caranya
1) Cairkan mentega dan campurkan dengan kesemua bahan yang ada.
2) Pastikan bancuhan tidak berketul.
3) Anda boleh masukkan kedalam acuan kuih bakar itu sendiri atau acuan pinjam aje acuna bahulu macam yang saya buat.
4) Bakar dalam oven suhu 150 darjah selama 15-20 minit. Kalau nak garing lagi bakar lama sikit.
 
 
Kuih bakar ini kalau lagi garing lagi sedap sebenarmya. So selamat mencuba ye..
 


Wednesday, October 9, 2013

Wajah wajah kesayangan


 Bersama anak dara yg ke 3, gambar ini diambil semasa acara sukan untuk kanak kanak seolah kemas dun jeram. Biasalah kan bila anak bersukan, ibu melaram sekajap...hehe

Inilah en. suami, gambar bersama supir yang menjadi tour guide semada sight seeing ke Surabaya tahun lepas.  Aik..kenapa tunggu  tangan macam tu ?

Sebenarnya nak menunjukkan bahawa pada masa pix ini diambil jam menunjukkan pukul 5 pagi. Mesti tak percaya kan...tapi betulll.


Ini juga pix diambil oleh supir semasa menunggu matahari terbit.
Keadaan pemandangan yang angat cantik ..bestnya macam nak pergi sekali lagi. Insyallah.

 
 
Cari punya cari jumpa juga sekeping gambar satu satunya anak lelaki saya.
Gambar ini diambil semasa beliau berumur 12 tahun. Tapi tak byk beza pun sbb skrg dia baru 13 tahun.
 

Inilah si bongsu. Pix semasa lawatan ke Tugu Negara, Istana Negara dan Muzium Coklat.
Dan dia jugalah yg selalu mengamatkan rumah dengan keletah dia nak suka menari dan menyanyi.

 Ini yang sulung, Kakak. Din pun suka bergambar dan bergambar dan bergambar...

 
 
Si kecil bersama sahabatnya..

 Sama tak muka kita org?...haha mana ibu mana anak ni..



Kakak dan adik...sama sama comel..

Tuesday, October 8, 2013

Muzium Chocolate

Haaa Muzium Chocolate! Ada ke? Kat mana?
Itulah soalan pertama saya tanya bila terima surat dari anak bongsu mengenai lawatan ke muzium chocolate.

Maklumlah kan tak pernah tahupun selama ini ada muzium utk chocolate..haha kelakar pun ada.
Selalunya kalau nak beli chocolate murah kita pergi langkawi  aje kan..

Jadi jangan lepas kan peluang ini. Saya pun joinlah lawatan anak anak sekolah kemas ke tempat tempat yang telah dirancang.


Inilah bahagian depan bangunan Chocolate Muzium tersebut yang terletak di Kota Damansara,
actually ia adalah bangunan kilang yang direka bentuk semula seolah olah macam sebuah muzium.



Sebelum kedatangan kami, pihak guru telah sedia membuat appointment jadi tidak lah mendatang masalah untuk masuk. Lagi bagus pula bila disertakan dgn seorang chef yang akan meng 'intertain' kanak kanak ini. Penerangan mengenai asal usul coklat dan sebagainya.

 
 

Jenis jenis coklat dan juga jenis jenis kacang yang menjadi salah satu teman baik coklat.


Sesi penerangan cara cara nak buat coklat kepada kanak kanak., kaum ibu juga turut mendengar.





Dan sedikit perkongsian kebaikan coklat untuk tatapan sesiapa yg belum berkesempatan melawat muzium coklat tersebut.


Donut Gebu

Cakap pasal Donut, dulu masa kecik kecik suka makan Donut.
Paling teruja bila tengok Donut yang dijual gebu gebu belaka, pelik macam mana la orang tu menguli Donut sampai segebu itu. Dulu masa kecik mana la ada keinginan nak belajar memasak atau pun buat kuih. Yang tahu bangun pagi mak dah sediakan sarapan dan ngap...makan aje kerjanya. Tapi bila dah beranak pinak ni kalau anak nak makan Donut takkan asyik nak membeli aje kerja nya kan..

So dengan itu kena lah belajar lagi..haha kali ini buat Donut pulak. Saya belajar buat Donut ni masa saya join kelas yang dianjurkan oleh Persatuan Puspanita. Ada lah kawan rekomenkan. Tempatnya dia Bangi tapi sorry lah sebab dah agak lama saya belajar so tak berapa ingat nama tempatnya.

Dan inilah hasil Donut Gebu saya setiap kali anak dan suami teringan nak breakfast dengan Donut.
Confirm Gebu tau!

Baru siap diuli.



Ini setelah diperap selama satu malam, maknya bila kita uli mlm, so esok pagi pagi dah boleh canai, terap dan goring.

Tapi sebenar benarnya tak perlu diperap lama sangat, kalau dalam keadaan suhu yang amat panas, dalam 2-3 jam dah boleh canai, terap dan goreng.


 Ini setelah dicanai, tekap dengan acuan donut.



Inilah hasilnya Donut Gebu saya, kawan kawan kata gebu macam tuannya. Haha..



Untuk pengetahuan semua, untuk satu adunan kita akan dapat dalam lingkungan 20 ketul donut.
Orang selalu kata jangan kedekut dengan ilmukan. Kerana tidak kemana pun ilmu tu, jadi lebih baik kita kongsikan apa yang kita ada. Insyallah lagi berkat.

Donut

Bahan bahan
500gm tepung ( kalau tepung protein lagi bagus)
75gm  gula
0.75 gm garam
5gm Yis
15gm susu tepung
50ml telor
250ml air
50gm shortening

Caranya
1) Larutkan semua air, yis, gula, telor. Kemudian gaulkan dengan tepung, susu teoung dan shortening.
2) Uli kesemua bahan bahan sehingga sebati.
3) Perapkan.
4) Terap dan boleh goreng.  Siap untuk dihidang.




Friday, October 4, 2013

Ayam percik

 
 
Siapa yang tidak pernah makan Ayam Percik.

Mesti semua pernah makan kan. Tak kiralah kuah perciknya ikut Kelantan ke.. Johor ke..
tak kiralah mana asalnya yang penting ini adalah salah satu makanan sihat sbb kita panggang aje ayamnya.
 
Selaluya ayam percik ni akan menjadi kegemaran terutamanya dibulan ramadhan. Betul tak?
Bukan kata apa la, family saya sendiripun selalu sgt membeli ayam percik ni.
Sebelum harga ayam naik, seketul ayam percik harganya RM6.50. Tapi kuih perciknya.. tersangat lah sedap sampai hamper setiap hari anak anak mahukan ayam percik.
 
Kalau dh hari hari...bankrupt la ibu mcm ni..
Jadi mahu tak mahu saya kena juga belajar macam mana nak buat kuah percik.
 
So bermula lah pembelanjaran saya membuat kuah percik. Mari saya kongsikan sedikit macam mana cara saya buat kuah percik sedap saya hehhehe...
 
Ayam Percik
 
Bahan Bahan
 
10 batang serai
6 inci halia
2 ketul kunyit
10-15 ulas bawang merah (lagi byk lagi sedap)
2 ulas bawang putih
4 sudu besar cili (blender halus)
1 cawan santan pekat
Ayam (potong kepada 6 bahagian)
1 ketul kiub pati ayam knorr
 
 

Cuci ayam dan asingkan.
Blenderkan kesemua bahan bahan tadi.
Tumis sampai separuh masak kemudian baru masukkan santan.
 
 


Setelah kuah tadi kelihatan sedikit pekat masukkan ayam yg telah dipotong tadi seperti dalam gambar
dibawah. Ayam tu perlu separuh masak sahaja. Kemudian keluarkan dari kuali.



Setelah itu baru letakkan kedalam pemanggang anda.


Panggang ayam tersebut sehingga masak.
Anggaran masa dalam 10-15 minit, ikut kebesaran ayam yang dipotong.






 
 
Inilah rupa Ayam Percik mengikut resipi saya la kan.
Sahabat semua boleh mencubanya kalau ada masa terluang.
 
Selamat memasak.

Wednesday, October 2, 2013

Rempeyek 's Crunchy

Saya tahu mesti ramai penggemar rempeyek dikalangan kita semua kan. Rempeyek adalah salah satu dari makanan kesukaan penduduk malaysia, jadi tidak mustahil kalau saya katakan semua orang tahu apa itu rempeyek.

Tidak kiralah samada rempeyek kacang Tanah ke, kacang dal ke, kacang hijau ke..yg penting namanya ialah rempeyek dan ada juga orang panggil tempeyek.

Untuk pengetahuan semua, saya telah mengusahakan membuat jualan rempeyek ini sejak 7 tahun yang lepas. Setelah mengharungi jatuh bangunnya membuat rempeyek dari sejak mendapat resipi dari arwah bapa mertua hinggalah sekarang ini.

Alhamdulillah setakat sekarang ini, rempeyek saya atas nama Rempeyek's Crunchy semakin dikenali ramai.


 



Shepard Pai

 
Terus terang kalau saya katakan sebelum ini saya mmg tak pernah langsung pun pernah dengar pasal shepard pai..haha kelakar tak.
 
Tapi sejak ada la sorang tu bawa ke office masa kita org buat pot luck, baru lah tahu apa itu shepard pai. Dah minta resipi tapi tak dapat dapat..so cara senang ialah Tanya cik google.
 
Cik google mmg suka menolong. Cari punya cari, jumpa juga akhirnya. So inilah percubaan pertama saya.
 
 
Saya gunakan sos prego.


Sebiji barang dipotong dadu, tumis bawang dahulu.
 

Kemudian masukkan daging atau ayam (ikut suka). Saya guna daging cincang ramly aje.


Setelah separuh masak daging tadi baru masukkan pula sos prego tadi.


Ok dah siap bahan intinya.


Inilah rupa kentang yang telah direbus dan dilenyek. Buat macam ala ala kentang putar
macam kfc tu.



Setelah siap kesemua bahan inti dan tibalah masa kita jadikan ia shepard painya.
Ambil separuh dari kentang yang telah dilenyek tadi dan letakkan bawah sekali jadikan macam base dia la. Kemudian masukkan inti daging yang telah dimasak tadi.


Macam ni la rupanya...dan akhir sekali tutup semula dengan balance kentang tadi.



Dan bakar pada suhu 170 celcius selama 15-20 minit dan siap.


Sbb tak sabar sabar nak makan, ini ajelah gambar yg sempat di snap
pix shepard pai yang telah siap dimasak.

Selamat mencuba ye..senang kan.







 
 
 




Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design