Thursday, August 29, 2013

Rempeyek's Crunchy



Inilah Rempeyek's Crunchy kegemaran ramai.
Bukan nak puji diri sendiri tapi alhamdulillah, sampai setakat ini
mmg inilah lah salah satu sumber rezeki keluarga kami.

Production akan menjadi haru biru bila tiba musim perayaan,
pertambahan order yg mendadak, masa tu jugalah ada nak mak teringin nak makan la..
pak mertua menyidam la...dan bermacam lagi alasan.

Bagi saya quality adalah keutamaan bukannya quantity..
Jadi sila sila lah 'like' pages Rempeyek;'s Crunchy saya ye...



Selain dari rempeyek kacang tanah, penggemas kacang dal tidak dilupakan..



Wednesday, August 28, 2013

Lemon Cup Cake



Haha baru 1st time buat lemon cup cake, sbb selalunya
saya hanya buat perasa chocolate, vanilla, kiwi aje.

Di sebabkan ada customer ni nak buat untuk wedding
anak lelakinya dan kerana dia sukakan lemon, terjadilah lemon cup cake ini

Saya kongsikan resipi untuk tatapan kengkawan semua..

Bahan bahan
260gm tepung
200gm gula castor
4 biji telur
Sedikit esen vanilla
2 sudu kecil baking powder
Parutan lemon dari sebiji lemon
60ml jus lemon

Topping - (tapi saya tak buat topping sbb customer tak nak..)
200gm cream cheese
1 cawan gula aising
1 sd kecil jus lemon
* Pukul cream cheese dan gula hingga kembang dan fluffy

Selamat mencuba ye..




Nutella Muffin

Nak buat Nutella Muffin tak...senang sesangat


Bahan bahan
1 cwn Nutella
10 sudu besar tepung naik sendiri
2 biji telor.

Caranya - boleh lihat dipaparan gambar kat atas ye..
Selamat mencuba

Cookies Raya lagi..

Tart Nenas


Inilah dia rupa tart nenas yg saya belajar dari Chef Asma, 2-3 tahun lepas.
Alhamdulillah so far mmg cair dalam mulut la bak kata penggemar tart nenas.

Tak pernah lagi saya guna resipi yg lain sejak dah belajar ni.
Nak tahu tak resipinya?
Jom kita tgk..

Tart Nenas

Bahan A
250gm Mentega
30gm Gula Castor
1 st garam

2 biji kuning telor sahaja
1sb air sejuk
Sedikit esen vanilla

Bahan B
250gm tpg gamdum
80gm tpg jagung
1 sb tpg susu (guna aje susu anak yg ada)

Cara cara
1) Putarkan bahan A hingga kembang
2) Campurkan bahan B, gaul sebati.
3) Perapkan sebentar selama 1/2 jam, supaya teksturnya sebati.
4) Nak terap guna acuan pun boleh, nak buat bentuk tart mcm saya pun boleh.
5) Bakarkan dalam oven dan siap utk dihidang.

Senang kan..Cubalah.

Tuesday, August 27, 2013

2013..update terbaru

Aidilfitri 2013 @ Kg Kelubong, Pantai Remis Perak


Inilah satu satunya gambar yang ada di Aidilfitri 2013.  (huhuhu...)
Apa yang penting semua satu family ada gambar ini.
Tema kali ini adalah ....Blue



Cookies raya pulak macamana? Jom tgk..



Inilah CHOCOLATE CHIP COOKIES.

Actually this year first time saya buat cookies ini, walaupun
sebenarnya anak anak mmg sukakan chocolate chip tapi
biasalah kan..kalau org jual mahal giler tapi tak puas makan.

So apakata saya sharekan resipi kat sini, nak tak?

Bahan A
250gm butter
150gm gula castor
1 biji kuning telor
sedikit esen vanilla

Bahan B
230 tpg gandum
30gm serbuk koko
100gm coklat chip
50gm badam cincang (bakar dahulu)

Cara cara
1) Gaulkan semua bahan A, putar hingga kembang.
2) Campurkan bahan B, gaul sebati
3) sudukan kecil kecil ke dalam bekas pembakar dan bakar..
4) Siap untuk dimakan..

Senangkan. Bukan susah sangat nak buat cookies ni cuma
kena pandai pandailah meng 'olah' nya.
Selamat mencuba

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design