Friday, July 28, 2017

Black Pepper Sos

Kadang kadang kita merasa bosan asyik nak makan kat luar aje, betul tak? Jadi tak ada salahnya kita belajar aje la buat sendiri sekali sekala tu kan...
Kalau masak sendiri boleh le makan berulang..haha...



Kalau dh ada sos black pepper kena la ada kentang putaq dan meat ball. Tak lengkap la kalau nak makan sos aje. Dah dok ada kentang kat dapur tu apalagi..rebus dan lenyek le



Ha...baru le lengkap makanan org putihnya. Meat ball tu beli siap punya jenama Ramly. Terima kasih la Ramly sbb dh tolong buatkan meat ball ni. Tapi jangan risau...bila bila nnt aku nak belajar pulak cara cara nak buat meat ball.

Ada ke sapa sapa nk tau resipi cara aku tu...hehe.
Nanti aku share okay...

Puding Koktail Sos Kastard.

Alhamdulillah minggu lepas ada rezeki anak anak. Ada yang menempah pudding koktail sos kastard. Walaupun tak banyak tapi rezeki jangan ditolak.

Nak kata selalu buat pudding koktail tu tidak la jugak, selalu buat pudding biasa sahaja tanpa ada sos kastard. So nak tak nak kena la Tanya bff saya : Cik Goo.




Cari punya cari jumpa la satu resipi ni tapi dah lupa pulak siapa punya resipi. nnt kita cari balik ye...

Sos kastard
400ml susu cair
200ml air
200ml sirap dari koktail
200gn gula
1 biji kuning telor
1 sk esen vanilla
2 sb tepung kastard
1 tin fruit koktail (asingkan sirapnya)

Satukan semua bahan kecuali buah koktail
Kacau atas api pelahan hingga sedikit pekat.
Angkat dan sejukkan.


Puding kastard
1 cawan tepung kastard
1/2 sk garam (utk  rasa lemak sikit)
1200 ml air
2 sb susu pekat

Satukan semua bahan dan kacau atau api perlahan hingga agak pekat dan Nampak sedikit berkilat.


Setelah siap semuanya. Masukkan dahulu puding kastard ke dalam acuan dan letakkan sos kastard diatasnya. Sejukkan di dalam peti ais. Sedap dimakan sejuk .
Selamat mencuba.


Forget the mistake...


Lupakan segala apa yang telah berlaku tapi jangan sesekali kita ulangi nya lagi, jadikan ia pengajaran.Allah maha mengetahui. Kita hanya perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang tapi jangan letih untuk terus maju.

Saturday, July 22, 2017

Cheese Tart

Sebelum ni selalu membeli sahaja kalau terasa nk makan cheese tart. Masa tu terfikir juga kenapa la mahal sangat harga cheese tart tu.. seketul rm1 harganya.  Tapi nak makan punya pasal tak apa la. Beli aje.

Sejak duduk rumah ni tak boleh la kalau asyik nak membeli saja. So nak tak nak kena la belajar buat sendiri. Orang kata buat sendiri lagi bagus. Nak makan banyak pun tak kisah. Sbb kita buat sendiri la katakan...

Alhamdulillah. Jadi juga saya buat cheese tart nya.

Cantik tak? 😁
1st time buat. Sangat cantik kejadiannya.
Belajar kat internet aje utk lukisan corak tersebut.

Kebetulan ada strawberry dalam simpanan. Jadi kita tambah aje la..terua jadi fruit cheese tart.

Saya kongsikan resepi yang saya guna.

Bahan Shell Tart
100gm butter -unsalted
70gm gula castor
200gm tepung gandum
1 biji telor
Sedikit esen vanila

Caranya : Campurkan kesemua bahan dan adun sebati hingga menjadi doh.



Adunan krim cheese
250gm cheese
60gm gula kastor
2 sb butter
1 biji telor

Caranya : Masukkan kesemua bahan kecuali telor. Putar hingga kembang baru masukkan telor tersebut.


Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design