Tuesday, April 4, 2017

Lepak @ Johor Bahru

Disember lepas saya mendapat jemputan dari Dato Ismail, Setiausaha Keajaan Negeri Johor. Jemputan kahwin anak perempuan bongsunya. Peluang ni tak dilepaskan, sambil sambil tu kita lepak la JB. Bukan selalu pun.

Tapi hanya berkesempatan bawa anak no ke 2 sahaja, yang lain dh export ke perak..cuti sekolah la katakan


 
Aktiviti  selepas makan kenduri di Johor Bahru masa December 2016. Malam nya kita orang lepak kat Kilang Bateri. Orang Johor mesti tahu tempat ni. Bukan setakat ada kedai makan tapi juga ada berbagai barang dijual disini termasuklah gadjet telepon, pakaian, makanan dan tak kurang juga kalau malam minggu akan ada live band.  Ok la sekadar nak santai santai sambil makan ke..minum ke..mcm abc, ais bandung special. Kalau terasa nak makan kacang pol pun sedap jugak kat sini.
 
 
 
Keesokanyanya untuk breakfast kita boleh sarapan kat Hutan Bandar, tempat ini berhampiran juga la dengan Larkin, hotel tempat kami menginap.
 
Inilah pandangan jauh tempat makan tersebut, mmg ramai orang datang makan kat sini sbb susah juga la nak cari tempat kosong. Disini paling sedap ialah lontong kering.


Inilah rupanya lontong kering tu, tapi saya dan suami dh tambah lauk paru.
Maklumlah kami ni mmg suka kan lauk paru. Alhamdulillah selesai sarapan pagi.


Stelah bersiap untuk balik ke kl, kami decide dh tak nak makan lagi sbb selama kat jb ni entah byk mana la kita org dh makan. Tapi...masa otw balik tu ternampak sesuatu...dan..



Hah??? Mcm menarik kan...pantang Nampak lauk kambing ni. Confirm la ke singgah kan.


Dan kesudahannya, sorang sepinggan le.
Walaupun kena beratur panjang giler sampai ke luar kedai. Dengan nak cop tempat lagi.
Tapi akhirnya dapt la jugak merasa Kari Kambing 40 hari @ Jalan Yong Peng / Air Hitam.
Ok la..sedap jugak. boleh makan lagi kalau lalu sini lagi. Ok, itu saja buat masa ini.
 

0 comments:

Post a Comment

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design