Friday, July 28, 2017

Puding Koktail Sos Kastard.

Alhamdulillah minggu lepas ada rezeki anak anak. Ada yang menempah pudding koktail sos kastard. Walaupun tak banyak tapi rezeki jangan ditolak.

Nak kata selalu buat pudding koktail tu tidak la jugak, selalu buat pudding biasa sahaja tanpa ada sos kastard. So nak tak nak kena la Tanya bff saya : Cik Goo.




Cari punya cari jumpa la satu resipi ni tapi dah lupa pulak siapa punya resipi. nnt kita cari balik ye...

Sos kastard
400ml susu cair
200ml air
200ml sirap dari koktail
200gn gula
1 biji kuning telor
1 sk esen vanilla
2 sb tepung kastard
1 tin fruit koktail (asingkan sirapnya)

Satukan semua bahan kecuali buah koktail
Kacau atas api pelahan hingga sedikit pekat.
Angkat dan sejukkan.


Puding kastard
1 cawan tepung kastard
1/2 sk garam (utk  rasa lemak sikit)
1200 ml air
2 sb susu pekat

Satukan semua bahan dan kacau atau api perlahan hingga agak pekat dan Nampak sedikit berkilat.


Setelah siap semuanya. Masukkan dahulu puding kastard ke dalam acuan dan letakkan sos kastard diatasnya. Sejukkan di dalam peti ais. Sedap dimakan sejuk .
Selamat mencuba.


0 comments:

Post a Comment

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design