Saturday, July 22, 2017

Cheese Tart

Sebelum ni selalu membeli sahaja kalau terasa nk makan cheese tart. Masa tu terfikir juga kenapa la mahal sangat harga cheese tart tu.. seketul rm1 harganya.  Tapi nak makan punya pasal tak apa la. Beli aje.

Sejak duduk rumah ni tak boleh la kalau asyik nak membeli saja. So nak tak nak kena la belajar buat sendiri. Orang kata buat sendiri lagi bagus. Nak makan banyak pun tak kisah. Sbb kita buat sendiri la katakan...

Alhamdulillah. Jadi juga saya buat cheese tart nya.

Cantik tak? 😁
1st time buat. Sangat cantik kejadiannya.
Belajar kat internet aje utk lukisan corak tersebut.

Kebetulan ada strawberry dalam simpanan. Jadi kita tambah aje la..terua jadi fruit cheese tart.

Saya kongsikan resepi yang saya guna.

Bahan Shell Tart
100gm butter -unsalted
70gm gula castor
200gm tepung gandum
1 biji telor
Sedikit esen vanila

Caranya : Campurkan kesemua bahan dan adun sebati hingga menjadi doh.



Adunan krim cheese
250gm cheese
60gm gula kastor
2 sb butter
1 biji telor

Caranya : Masukkan kesemua bahan kecuali telor. Putar hingga kembang baru masukkan telor tersebut.


0 comments:

Post a Comment

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design