Tuesday, August 1, 2017

Gunung Lambak, Kluang Johor

Kami berempat ke Kluang atas jemputan mak saudara suami. Kenduri doa selamat untuk menunaikan haji. Kesempatan ini kami ambil peluang menjelajah daerah kluang. Selama ini kami sekeluarga hanya ke kluang semasa kunjungan hari raya aje.

Saya dan suami selalunya akan tengok apa yang menarik kalau kami nak kemana mana.
Ye la kan..dah alang alang tu apa kata kita tengok apa yang menarik kan..

Akhirnya kita jumpa Gunung Lambak. Memang tak pernah langsung pun dengat nama gunung lambak. . Sedikit info mengenainya.

Gunung Lambak pada ketinggian 510meter. Mengikut kata penduduk yang sama sama mendaki disitu, masa 2 jam diperlukan untuk sampai kepuncak dan 2 jam lagi untuk turun ke kaki gunung. dalam beberapa kilometer laluan tar disediakan untuk sampai ke kaki gunung.

Sepanjang jalan ber tar itu ada disediakan kemudahan seperti titi gantung, tempat berkelah dan tumbuhan herba untuk kita yang tidak mengenali tumbuhan herba selama ini.


Gambar ini ditangkap semasa melintasi titi gantung yang disediakan disitu. Saya mmg tak pernah lagi naik titi gantung, jadi ini adalah titi gantung yang pertama saya. Walaupun tak tinggi sangat tapi gayat jugak mula mula tapi lepas tu dah excited la pulak.



Anak ketiga dan bongsu sahaja yang ikut kami kemana mana sekarang ni, sebab lagi 2 org dh masuk kolej.


Ini adalah salah satu pandangan laluan tar yang disediakan. Dengan suasana nyaman dan udara gunung yang sangat segar.



Ini adalah laluan turun dari laluan gunung lambak. Disini disediakan besi untuk kita mendaki gunung tersebut. Walaupun tak sempat sampai puncak gunung kerana kami keluar agak lewat dari hotel. Kami sepatutnya keluar jam 6.30 pagi jika mahu sampai ke puncak.


Disini juga disediakan kerusi kerusi untuk kita menikmati suasana hutan.  Tempat berkelah juga disediakan disini.

Kepada sesiapa yang mahu ke Kluang, jangan lepaskan peluang untuk kesini.



0 comments:

Post a Comment

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design