Wednesday, August 28, 2013

Cookies Raya lagi..

Tart Nenas


Inilah dia rupa tart nenas yg saya belajar dari Chef Asma, 2-3 tahun lepas.
Alhamdulillah so far mmg cair dalam mulut la bak kata penggemar tart nenas.

Tak pernah lagi saya guna resipi yg lain sejak dah belajar ni.
Nak tahu tak resipinya?
Jom kita tgk..

Tart Nenas

Bahan A
250gm Mentega
30gm Gula Castor
1 st garam

2 biji kuning telor sahaja
1sb air sejuk
Sedikit esen vanilla

Bahan B
250gm tpg gamdum
80gm tpg jagung
1 sb tpg susu (guna aje susu anak yg ada)

Cara cara
1) Putarkan bahan A hingga kembang
2) Campurkan bahan B, gaul sebati.
3) Perapkan sebentar selama 1/2 jam, supaya teksturnya sebati.
4) Nak terap guna acuan pun boleh, nak buat bentuk tart mcm saya pun boleh.
5) Bakarkan dalam oven dan siap utk dihidang.

Senang kan..Cubalah.

0 comments:

Post a Comment

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design