Thursday, September 26, 2013
Lempeng Kelapa
Inilah salah satu dari makanan kegermaran family saya. Lempeng kepala, ditambah pula samsal sardine. Jangan lupa letakkan juga cili padi...emmmmm sedapp.
Saya kongsikan resipi lempeng kelapa diatas.
Bahan bahan
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar kepada parut (ikut masing masing, kalau nak lebih lagipun boleh)
1 cawan santan
1 biji telor
1-1/2 cawan air
sedikit garam
Cara caranya
Gaulkan kesemua bahan kecuali air, masukkan air sedikit sedikit semasa bancuhan supaya adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Setelah siap kesemuanya, letakkan atas kuali kalau boleh yang kuali yg tidak meletak.
Apa yang pasti kita tidak menggunakan minyak yg banyk untuk memasaknya.
Setelah siap, bolehlah dicicah bersama sambal sardine atau mungkin anda boleh aje cicah gula, susu dan macam macam lagi lah...selamat mencuba
Gaulkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menara Condong Teluk Intan
Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

0 comments:
Post a Comment