Skip to main content

Muffin Lemon








 
 
Setelah siap dibancuh masukkan hanya 3/4 adunan ke dalam cup. Supaya setelah siap dibakar nanti, rupa muffin kita cantik aje betul betul sama paras dgn acuan cup muffin kita.

Anyway, inilah 1st time nak mencuba buat muffin perasa lemon. Walaupun payah sangat tapi kena diusahakan juga sbb ada customer yagn menempah muffin lemon ini. So mcm biasa la kan, kita kena try and error dulu.




Bila dah siap, boleh tahan juga lah rasanya...sedap. dan cuba tengok betul betul...gebu tak? hehe

Bahan bahan

110gm tepung naik sendiri
110gm gula halus
110butter (tapi sy guna marjerin aje)
2 biji telor
sedikit esen vanilla
3 sudu besar jus lemon
sedikit parutan lemon ( tak letak pun tak apa)

Caranya
1) Pukul gula dan butter, kemudian masukkan telor, putar sebati.
2) Masukkan bahan bahan lain dan gaul sebati  kesemuanya.
3) Scoop kan masuk kedalam acuan, dan bakar selama 15 min dalam 150 celcius
4) Siap dibakar dan boleh dihidangkan.

Saya mmg purposely tak buatkan toppingnya sbb customer ni tak nak kan topping. So saya ikut aje.
Tapi saya sharekan juga la macam mana nak buat topping ni.



Apa apapun inilah hasilnya tempahan lemon muffin utk wedding gift tersebut. Amin


Bahang cream cheese
200-250gm (1 bungkus, saya beli jenam tatua je)
satu cawan gula.
sedikit jus lemon

Caranya ialah putar hingga sebati dan bolehlah start menghias.

Selamat mencba ye kawan kawan.












Comments

Popular posts from this blog

Nasi Impit Goreng

Tidak semua orang tahu bahawa bila ada nasi impit yang ada saki baki tu kita boleh jadikan ianya lebih mengancam.

Yelah kan...daripada kita buang aje. Dulu saya pun tak tahu juga tapi bila ada ternampak ada kalangan rakan rakan yg membuatnya saya pun apalagi try la juga.

Resepi yang sangat senag untuk dicuba.

Bahan bahannya

Lebihan nasi impit (potong dadu)
Segengam ikan bilis
5 ulas bawang merah
Cili Kering (blender halus)
1 ketul kiub ayam
sedikit garam.


Caranya

1) Potong dadu nasi impit tersebut.
2) tumbuk halus ikan bilis, bawang merah.
3) Kemudian tumiskan cili,setelah garing masukkan ikan bili & bawang yg telah ditumbuk lumat.









Syukur..alhamdulillah

Mensyukuri segala apa yang telah dilimpahi NYA kepada kita.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang daripada
merungut dengan apa yagn ada.

Apa apapun pilihan ditangan kita, kerana kita merancang tapi dia menentukan.

Aidilfitri 2016 @ Batu Pahat

Raya Aidilfitri 2016 @ Batu Pahat. Bila ditenung tenung...dah besar semua  anak anak ibu rupanya. Habis tu umur ibu dgn abah pun dh semakin berubah setiap tahun kan.. Tapi apa yang penting semua baju raya anak anak perempuan ibu yang jahit. Ha..itu yang penting. Hampir setiap tahun ibu akan jahit kan baju anak anak ibu, bukan setakat raya je kalau nak masuk sekolah pun ibu jahit kan.
Tak sia sia ibu belajar menjahit dulukan. Kalau tidak dh tentu setiap kali nak buat baju ibu kena cari tailor. Alhamdulillah atas rezeki  yang Allah berikan kepandaian untuk menjahit. Patut la senyum lebar je..hehe