Skip to main content

Bumi Allah yang luas

Alhamdulillah..saya selalu ingat. Bumi Allah ini luas, terpulang kepada kita untuk mencari jalan untuk dipergunakan dengan cara yang betul. Allah akan berikan apa yang perlu utk kita, bukan apa yang kita mahu. Mungkin apa yang kita mahu itu tak sesuai dengan kita.

Sesungguhnya kita perlu bersyukur dengan apa sahaja nikmat yang telah DIA berikan selama ini. Rezeki datang dalam berbagai bentuk..anak juga rezeki. Kerana tidak semua orang mampu mempunyai anak. Kepandaian untuk memasak, menjahit, meniaga juga adalah rezeki. Tak semua org ada kemahiran tapi mungkin Allah kurniakan dia wang ringgit yang banyak..itu juga rezeki.

Tapi jangan sesekali sekat rezeki sesama manusia. Bak kata sesetengah org. Minta ampun dari Allah lagi senang dari sesama manusia. Walaupun ada dikalangan ulama mengatakan bahawa kita juga tidak masuk syurga jika tidak memaafkan.


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Impit Goreng

Tidak semua orang tahu bahawa bila ada nasi impit yang ada saki baki tu kita boleh jadikan ianya lebih mengancam.

Yelah kan...daripada kita buang aje. Dulu saya pun tak tahu juga tapi bila ada ternampak ada kalangan rakan rakan yg membuatnya saya pun apalagi try la juga.

Resepi yang sangat senag untuk dicuba.

Bahan bahannya

Lebihan nasi impit (potong dadu)
Segengam ikan bilis
5 ulas bawang merah
Cili Kering (blender halus)
1 ketul kiub ayam
sedikit garam.


Caranya

1) Potong dadu nasi impit tersebut.
2) tumbuk halus ikan bilis, bawang merah.
3) Kemudian tumiskan cili,setelah garing masukkan ikan bili & bawang yg telah ditumbuk lumat.









Syukur..alhamdulillah

Mensyukuri segala apa yang telah dilimpahi NYA kepada kita.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang daripada
merungut dengan apa yagn ada.

Apa apapun pilihan ditangan kita, kerana kita merancang tapi dia menentukan.

Aidilfitri 2016 @ Batu Pahat

Raya Aidilfitri 2016 @ Batu Pahat. Bila ditenung tenung...dah besar semua  anak anak ibu rupanya. Habis tu umur ibu dgn abah pun dh semakin berubah setiap tahun kan.. Tapi apa yang penting semua baju raya anak anak perempuan ibu yang jahit. Ha..itu yang penting. Hampir setiap tahun ibu akan jahit kan baju anak anak ibu, bukan setakat raya je kalau nak masuk sekolah pun ibu jahit kan.
Tak sia sia ibu belajar menjahit dulukan. Kalau tidak dh tentu setiap kali nak buat baju ibu kena cari tailor. Alhamdulillah atas rezeki  yang Allah berikan kepandaian untuk menjahit. Patut la senyum lebar je..hehe