Monday, April 24, 2017

Hidup harus diteruskan



Percaya pada karma tak?
Seperti juga kita tahu dunia ni bulat. Adakalanya kita diatas dan adakalanya kita di bawah. Cuma kita tak tahu bila masanya..bilakah tarikhnya.

Dalam hidup ini boleh dikatakan semua umat manusia mempunyai perasaan. Perasaan itu termasuklah kasih sayang, tolong menolong dan tak lari juga perasaan yang sebenarnya tak patut pun ada iaitu hasad dengki, busuk hati dan balas dendam.

Manusia yang tidak mempunyai perasaan sehingga sanggup memporak perandakan kehidupan orang lain. Manusia yang tidak pernah senang hati melihatkan kegembiraan kita, kesenangan kita, tidak tahu susah senang kita.
Apa yang mereka tahu ialah tak boleh tengok kegembiraan. Mungkin juga 100 peratus saya katakan bahawa pada hakikatnya dia yang tidak bahagia sebab itu jugalah dia tak ingin melihatkan kegembiraan manusia lain

Saya berdoa semoga golongan orang orang ini akan diberikan hidayah. Cukup cukuplah dengan apa yang telah kamu lakukan. Ingatlah akan hakikat dunia ini bulat. Mungkin ada rezeki nanti kamu jua akan seperti daku kelak.

Ingatlah bahawa kamu berniat untuk hapuskan rezeki seseorang tapi sebenarnya bukan hari seorang tapi banyak orang yang dibawah tanggungan nya. Ini bermakna kamu bukan hanya perlu memohon maaf kepada orang itu seorang tetapi seluruh keluarga nya...

Tapi sesungguhnya aku juga manusia. Tidak pernah lari dari membuat kesilapan
Aku memaafkan walau apapun kesalahan kamu terhadap daku, biarlah Allah sahaja yang menentukanya.

0 comments:

Post a Comment

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design