Monday, April 10, 2017

Sehari di Ipoh

Kalau cakap pasal Ipoh, semasa bujang saya pernah tinggal di Taman Jati,Jelapang Ipoh selama lebih kurang setahun, masa tu kerja kilang kat Carsem. Nak kata selalu keluar ke Bandar Ipoh jalna jalna ke atau shopping mmg jarang la sbb masa tu bujang lag kan dan yg sebenar benarnya tak ada geng yang ngam boleh berrayau sebenarnya.

Kalau balik kg pun, naik bas dari Taiping sampai la Medan Kit kat Ipoh, lepas tu naik bas ke Jelapang pulak. Jarang sangat la nak merayau sorang sorang. Tapi la ni nak dijadikan cerita anak perempuan sulung saya dapat belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. So skrg ni la masanya nak menjelajah Bandar Ipoh selama 3 tahun dia belajar kat sini.

Orang kata Nasi Vanggey Ipoh sedap. Tapi ada jugak nama lain nya Nasi Ganja. Tak kisah la Nasi Vanggey ke..Nasi Ganja ke...semua kita kena try okay.


Sempat lagi saya snap nama jalan ni...



Ini Nasi Ganja kat Jalan Yang Kalsom, Ipoh. Kalau baca cerita kat internet, Nasi Ganja ini ialah yang original di Ipoh. Hanya ada 3 kedai sahaja yg original iaitu di Jalan Greentown, Jalan Labroy dan satu lagi di Jalan Yang Kalsom.

Actually kalau tgk betul betul mcm sama je kat kedai mamak macam kita makan kt kl ni jugak..
Setiap hidangan akan ada lauk ayam / sotong dan disertakan juga telur masin.



Lepas makan mcm biasa la kan jenjalan sekejap sebelum bertolak balik ke kl.
Ehh..tetiba nampak signboard sebuah kegai "Gemok" hehe..
Terasa ke...haha lawak .

0 comments:

Post a Comment

Cheese Tart

Sebelum ni selalu membeli sahaja kalau terasa nk makan cheese tart. Masa tu terfikir juga kenapa la mahal sangat harga cheese tart tu.. seke...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design