Saturday, August 5, 2017

Puding Roti

Sepanjang hari tak masuk dapur hari ni.. Kadang kadang mood memasak tak ada.
Tapi malam ni terasa macam nak makan sesuatu la pulak.
Pergi dapur tengok bahan apa yang ada. Tadaaa...cukup bahan nk buat Puding Roti la.
Simple je kalau setakat nk buat puding ni.
Bahannya :
6 keping roti ( kalau dapat bahagian kulit roti semua lagi sedap)
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor
1 sudu besar butter
3 biji telor
Kismis hitam
Susu cair



Carik halus roti tersebut dan letakkan dalam dulang utk membakar. Saya guna belas alumunium mcm ni je senang.


Taburkan kismis. Suka hati nak letak banyak mana okay..

Campurkan kesemua bahan lain. Panaskan diatas api yang perlahan.


Tuangkan ke dalam bekas untuk dibakar.


Panas kan oven dahulu ye.
Saya guna Noxxa Bread Maker je. Serba boleh oven ni...nak bakar kek pun boleh tau.


Dengan suhu 150 darjah selama 15-20 min. Ianya bergantung juga kepada oven apa yg diguna ye. Saya punya bakar 20 min dh masak dan garing. Lagi garing lagi sedap sebenarnya.
Makan masa panas pun sedap..jangan lupa letakkan susu cair sebagai sos untuk dimakan bersama puding tu. So terpulang la kepada citarasa memasing.


0 comments:

Post a Comment

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design