Wednesday, August 2, 2017

Tuna Puff

Disebabkan ramai sangat yang share kat fb pasal Puff Pastry ni maka saya juga telah terjebak.  Punya la excited nk mencuba habis satu kawasan perumahan saya cari. Di Econsave tak ada, di Tesco pun tak ada..tapi dh rezeki kan terjumpa di Giant Shah Alam. Punya la jauh dari rumah hanya kerana Puff Pastry ni. 



Since dh ada sebelum ni stok Tuna Mayonies.  Jadi kita buat Tuna Puff aje la sebagai percubaan pertama. Bahan mentah lain ialah 4-5 ulas bawang merah diracik halus. Tambahkan sedikit cili merah. Tapi kalau nk ada rasa pedas sikit boleh potong cili padi. Saya hanya letak cili merah sebab anak anak tak makan pedas sangat. Lastly sekali tambahkan sedikit garam dan serbuk lada hitam dan tambahkan 1 sudu mayonies. Bagi lagi ummmph..


Setelah gaul sebati, letakkan 1 sudu besar campuran tadi ke atas kulit puff tersebut. Jadilah seperti gambar dibawah nnt.


Sediakan 1 biji telur kuning untuk disapu keatas puff tersebut sebelum dimasukkan ke dlm oven.

Bakar selama 20 minit sehingga nampak warna kuning emas pada suhu 150 darjah celcius.


Siap utk dimakan. Senang je kan...tak payah susah payah nak menguli tepung sbb telah tersedia kulit puff.
Terpulang lah kepada kita utk pelbagaikan intinya. Selamat mencuba


0 comments:

Post a Comment

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design