Friday, October 4, 2013

Ayam percik

 
 
Siapa yang tidak pernah makan Ayam Percik.

Mesti semua pernah makan kan. Tak kiralah kuah perciknya ikut Kelantan ke.. Johor ke..
tak kiralah mana asalnya yang penting ini adalah salah satu makanan sihat sbb kita panggang aje ayamnya.
 
Selaluya ayam percik ni akan menjadi kegemaran terutamanya dibulan ramadhan. Betul tak?
Bukan kata apa la, family saya sendiripun selalu sgt membeli ayam percik ni.
Sebelum harga ayam naik, seketul ayam percik harganya RM6.50. Tapi kuih perciknya.. tersangat lah sedap sampai hamper setiap hari anak anak mahukan ayam percik.
 
Kalau dh hari hari...bankrupt la ibu mcm ni..
Jadi mahu tak mahu saya kena juga belajar macam mana nak buat kuah percik.
 
So bermula lah pembelanjaran saya membuat kuah percik. Mari saya kongsikan sedikit macam mana cara saya buat kuah percik sedap saya hehhehe...
 
Ayam Percik
 
Bahan Bahan
 
10 batang serai
6 inci halia
2 ketul kunyit
10-15 ulas bawang merah (lagi byk lagi sedap)
2 ulas bawang putih
4 sudu besar cili (blender halus)
1 cawan santan pekat
Ayam (potong kepada 6 bahagian)
1 ketul kiub pati ayam knorr
 
 

Cuci ayam dan asingkan.
Blenderkan kesemua bahan bahan tadi.
Tumis sampai separuh masak kemudian baru masukkan santan.
 
 


Setelah kuah tadi kelihatan sedikit pekat masukkan ayam yg telah dipotong tadi seperti dalam gambar
dibawah. Ayam tu perlu separuh masak sahaja. Kemudian keluarkan dari kuali.



Setelah itu baru letakkan kedalam pemanggang anda.


Panggang ayam tersebut sehingga masak.
Anggaran masa dalam 10-15 minit, ikut kebesaran ayam yang dipotong.






 
 
Inilah rupa Ayam Percik mengikut resipi saya la kan.
Sahabat semua boleh mencubanya kalau ada masa terluang.
 
Selamat memasak.

0 comments:

Post a Comment

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design