Skip to main content

Rempeyek 's Crunchy

Saya tahu mesti ramai penggemar rempeyek dikalangan kita semua kan. Rempeyek adalah salah satu dari makanan kesukaan penduduk malaysia, jadi tidak mustahil kalau saya katakan semua orang tahu apa itu rempeyek.

Tidak kiralah samada rempeyek kacang Tanah ke, kacang dal ke, kacang hijau ke..yg penting namanya ialah rempeyek dan ada juga orang panggil tempeyek.

Untuk pengetahuan semua, saya telah mengusahakan membuat jualan rempeyek ini sejak 7 tahun yang lepas. Setelah mengharungi jatuh bangunnya membuat rempeyek dari sejak mendapat resipi dari arwah bapa mertua hinggalah sekarang ini.

Alhamdulillah setakat sekarang ini, rempeyek saya atas nama Rempeyek's Crunchy semakin dikenali ramai.


 



Comments

Popular posts from this blog

Nasi Impit Goreng

Tidak semua orang tahu bahawa bila ada nasi impit yang ada saki baki tu kita boleh jadikan ianya lebih mengancam.

Yelah kan...daripada kita buang aje. Dulu saya pun tak tahu juga tapi bila ada ternampak ada kalangan rakan rakan yg membuatnya saya pun apalagi try la juga.

Resepi yang sangat senag untuk dicuba.

Bahan bahannya

Lebihan nasi impit (potong dadu)
Segengam ikan bilis
5 ulas bawang merah
Cili Kering (blender halus)
1 ketul kiub ayam
sedikit garam.


Caranya

1) Potong dadu nasi impit tersebut.
2) tumbuk halus ikan bilis, bawang merah.
3) Kemudian tumiskan cili,setelah garing masukkan ikan bili & bawang yg telah ditumbuk lumat.









Syukur..alhamdulillah

Mensyukuri segala apa yang telah dilimpahi NYA kepada kita.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang daripada
merungut dengan apa yagn ada.

Apa apapun pilihan ditangan kita, kerana kita merancang tapi dia menentukan.

Aidilfitri 2016 @ Batu Pahat

Raya Aidilfitri 2016 @ Batu Pahat. Bila ditenung tenung...dah besar semua  anak anak ibu rupanya. Habis tu umur ibu dgn abah pun dh semakin berubah setiap tahun kan.. Tapi apa yang penting semua baju raya anak anak perempuan ibu yang jahit. Ha..itu yang penting. Hampir setiap tahun ibu akan jahit kan baju anak anak ibu, bukan setakat raya je kalau nak masuk sekolah pun ibu jahit kan.
Tak sia sia ibu belajar menjahit dulukan. Kalau tidak dh tentu setiap kali nak buat baju ibu kena cari tailor. Alhamdulillah atas rezeki  yang Allah berikan kepandaian untuk menjahit. Patut la senyum lebar je..hehe