Tuesday, October 8, 2013

Donut Gebu

Cakap pasal Donut, dulu masa kecik kecik suka makan Donut.
Paling teruja bila tengok Donut yang dijual gebu gebu belaka, pelik macam mana la orang tu menguli Donut sampai segebu itu. Dulu masa kecik mana la ada keinginan nak belajar memasak atau pun buat kuih. Yang tahu bangun pagi mak dah sediakan sarapan dan ngap...makan aje kerjanya. Tapi bila dah beranak pinak ni kalau anak nak makan Donut takkan asyik nak membeli aje kerja nya kan..

So dengan itu kena lah belajar lagi..haha kali ini buat Donut pulak. Saya belajar buat Donut ni masa saya join kelas yang dianjurkan oleh Persatuan Puspanita. Ada lah kawan rekomenkan. Tempatnya dia Bangi tapi sorry lah sebab dah agak lama saya belajar so tak berapa ingat nama tempatnya.

Dan inilah hasil Donut Gebu saya setiap kali anak dan suami teringan nak breakfast dengan Donut.
Confirm Gebu tau!

Baru siap diuli.



Ini setelah diperap selama satu malam, maknya bila kita uli mlm, so esok pagi pagi dah boleh canai, terap dan goring.

Tapi sebenar benarnya tak perlu diperap lama sangat, kalau dalam keadaan suhu yang amat panas, dalam 2-3 jam dah boleh canai, terap dan goreng.


 Ini setelah dicanai, tekap dengan acuan donut.



Inilah hasilnya Donut Gebu saya, kawan kawan kata gebu macam tuannya. Haha..



Untuk pengetahuan semua, untuk satu adunan kita akan dapat dalam lingkungan 20 ketul donut.
Orang selalu kata jangan kedekut dengan ilmukan. Kerana tidak kemana pun ilmu tu, jadi lebih baik kita kongsikan apa yang kita ada. Insyallah lagi berkat.

Donut

Bahan bahan
500gm tepung ( kalau tepung protein lagi bagus)
75gm  gula
0.75 gm garam
5gm Yis
15gm susu tepung
50ml telor
250ml air
50gm shortening

Caranya
1) Larutkan semua air, yis, gula, telor. Kemudian gaulkan dengan tepung, susu teoung dan shortening.
2) Uli kesemua bahan bahan sehingga sebati.
3) Perapkan.
4) Terap dan boleh goreng.  Siap untuk dihidang.




0 comments:

Post a Comment

Menara Condong Teluk Intan

Salah satu tarikan dia Teluk Intan Perak apalagi kalau tak menara condongnya. Asalnya menara condong ini ialah tangki air untuk menampung k...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design