Thursday, October 10, 2013

Kuih Bakar Pandan

 
Saya ni suka mencuba sesuatu resipi, tambahan pula anak anak suka makan. Bila sedap, confirm habis cepat. Dengan sebab sebab ini jugalah minat memasak tu semakin seronok. Bila tengook anak anak makan dengan berseleranya lagilah seronok kan.. 
 

Haha...saya guna acuan bahulu tau. Sebab tak sempat nak membeli acuan kuih bakar.
Kalau dah nak pergi beli acuan , bila pulak nak mencuba buat kuih ni. Bak kata orang kalau dah berniat tu jangan ditangguhkan lagi.




Comel tak?


Kuih Bakar Pandan

Bahan bahan
1 cawan gula
1 cawan jus pandan
2 1/2  cawan tepung gandum 
2 1/4 cawan santan
2 sudu besar mentega
3 biji telor
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
 
Cara caranya
1) Cairkan mentega dan campurkan dengan kesemua bahan yang ada.
2) Pastikan bancuhan tidak berketul.
3) Anda boleh masukkan kedalam acuan kuih bakar itu sendiri atau acuan pinjam aje acuna bahulu macam yang saya buat.
4) Bakar dalam oven suhu 150 darjah selama 15-20 minit. Kalau nak garing lagi bakar lama sikit.
 
 
Kuih bakar ini kalau lagi garing lagi sedap sebenarmya. So selamat mencuba ye..
 


1 comments:

Cheese Tart

Sebelum ni selalu membeli sahaja kalau terasa nk makan cheese tart. Masa tu terfikir juga kenapa la mahal sangat harga cheese tart tu.. seke...

 

lindazainal.blogspot.my Template by Ipietoon Cute Blog Design